Naik bas di TBS

Assalamualaikum

So harini kita nak balik kampung(written this back then in jan 19😅). Dah 4 tahun duduk KL so setiap kali memang aku naik bus. Kena tipu pon 2-3 kali dah, kiranya start dari pudu sampaila dah naik dekat TBS ni , ada ja kes bus lambat gila, bus rosakla, kongsi bus la. Huh, mencabar. So, kalini aku nak kongsi pengalaman beli tiket bus di TBS.

Beli di Kaunter 

Beli tiket bus dekat kaunter ni takdela susahkan, pergi , bagitau nak kemana , bila dan berapa orang. Then, sis kat kaunter tu pon layan la kita tolong tempahkan. Biasanya dia mintak ic so senang nak taip nama korang. Haritu ada skali nak cari ic dah tenggelam dalam bag so aku just bagi kad matrik okay ja,asal ada nama. Then dia akan mintak contact number la. Tak taula apa gunanya,kalau lambat dia tak pernah call pon 😑. Ok tapi yang pasti kalau tengah musim perayaan or cuti sekolah JANGANN SESEKALI JANGAN nak balik pi kaunter beli tiket hari yang sama ..dahla ramai orang, tiket pon tak tentu ada, serabut weii. *Pengalaman sebenar hahaha

Ok next

Beli kat Ticket Machine TBS 

Ini cara mudah gakla,sebab tak payah nak deal dengan orang pon,hang deal dengan mesin saja . Pilih lokasi dari TBS, nak ke Cental(Tengah), Northen (Utara-kampung sek) or Southern(Selatan). Then ada pilihan pagi,petang dan dan malam. So boleh pilih tiket waktu pukui berapa, bus jenis apa ,seat num berapa ,atas bawah semua boleh. Takyah kalut2. You can take your own time,so takdak la gelabah orang dok tunggu hang pusing pi pusing mai tiga pat kali nak pilih seat ja pon. Kalau depan akak kaunter tu mesti segan ye dok . Hehe
So kalau hampa nak balik utara suggesstion  aku bus yang tip top Transnasional , Pancaran Matahari, Mara Liner and Cosmic. Lain2  tu aku tak berani kat la, jarang sangat2 naik ni memang bukan pilihan ramai. Even dia tulis nama bus Cepat pon hampa jangan percaya la, dia tak cepat mana pon,dia lagi lambat ada la. Hurmm

Ok. Last but no least

Beli online ticket 

Ini paling aku suka. Waktu awal² study dulu aku macm tak reti sangat guna online banking bagai ni, tapi after 2-3years study ni ha baru nampak mudahnya di hujung jari. Dan begitu jugala mudahnya duit mengalir bagaikan air .lol haha..okay so kalau beli online ni lagi mudah sebab dia mudah nak pilih sama macam kat machine, there is no time restriction. Advantage siap boleh beli sambil baring atas katil ja. The best one would be

https://eticketing.tbsbts.com.my/ctsonline/Account/LogOn yangni memang mudahla sebab semua bus yang dalam sistem tbs ada kat sini. Tapi aku pernah jugak try web lain macam redbus.my and https://www.easybook.com/en-my. Dua ni yang aku pernah try. The best part is ada DISKAunnnn..hehe dapat la kekadang diskaun sampai 3-4 hinggit, sapa nak bagi. Kalau beli ulang alik ka,musim raya ka mesti dia selalu kasi diskaun. Cuma waktu nak log in or sebelum beli tu kau usha usha dia punya iklan dulu. Biasa ada tu promonya,berbaloi baloi sis. Hehe

Baik, jadi ini je entry kalini, overall tbs ni mantop la jugak pengurusan nya. Bus lambat tu biasanya bukan sebab pengurusan terminal but mostly caused by bus provider ja. Yang PENTING korang kena pilih bus yang beneran sahaja,reliable bus,and affordable price hehe. Setakat itu sahaja, ciao. Assalamualaikum

Comments

Popular Posts